Advertising
Suphanat Mueanta Sedar Thailand Perlu Baiki Banyak Perkara
MakanBola
Changsuek

Penyerang Thailand, Suphanat Mueanta mengakui masih banyak aspek yang perlu diperbaiki pasukan itu menjelang baki dua aksi Kumpulan A ASEAN Championship 2024.

Thailand menerajui Kumpulan A selepas meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Malaysia pada 14 Disember lalu.

Ad

Penyerang Muangthong United, Patrik Gustavsson muncul wira dengan meledakkan gol kemenangan buat skuad Gajah Perang pada separuh masa kedua.

Ad

Meskipun berkongsi enam mata dengan Singapura, Thailand terus menerajui Kumpulan A menerusi kelebihan jaringan yang besar.

Suphanat mengakui gembira melihat skuad Gajah Perang meraih tiga mata di hadapan penyokong setia mereka di Stadium Rajamangala. Pada masa sama, beliau merasakan ada aspek yang perlu diperbaiki.

Ad

Ini kerana Harimau Malaya memberi tentangan sengit kepada Thailand sepanjang perlawanan. Atas sebab itu, Suphanat melihat sebarang kelemahan yang dikenal pasti perlu ditangani segera.

Ad

“Kita perlu memperbaiki kesilapan dalam permainan ini (aksi menentang Malaysia) kerana ia tidak semuanya bagus. Kita perlu cuba memperbaikinya.

Ad

“Tetapi saya gembira pasukan ini menang kerana semua orang cuba membantu satu sama lain bermain. Tetapi terdapat banyak faktor yang menjadikan aksi ini tidak sebaik seperti sepatutnya,” katanya selepas perlawanan.

Thailand kini mengalihkan fokus untuk aksi keempat Kumpulan A menentang Singapura pada 17 Disember ini. Aksi ini bukan sekadar menentukan pasukan mana berpeluang menjadi juara kumpulan.

Malah, aksi ini juga bakal menentukan peluang Harimau Malaya sama ada masih berpeluang merebut slot separuh akhir ASEAN Championship 2024 atau tidak.