Suspek Sempat Beri Ucapan Kepada Faisal Halim Sebelum Simbah Asid
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Suspek yang menyimbah asid kepada bintang Selangor FC, Faisal Halim dilaporkan sempat memberikan ucapan sebelum melakukan jenayah terkutuk itu.

Menerusi perkongsian daripada Stadium Astro, dua individu bermotosikal sempat memberi ucapan good luck kepada Faisal Halim.

Ad

Terdahulu, Faisal dikatakan sedang membawa keluarganya ke sebuah pusat membeli-belah terkemuka di Damansara sebelum dua individu berkenaan menghampirinya dan menyimbah asid.

Ad

Selepas siasatan terperinci dilakukan, dua suspek tersebut dilaporkan menggunakan motosikal bernombor pendaftaran palsu dan motor tersebut juga dipercayai motosikal curi bagi menjalankan jenayah tersebut.

Faisal kini dilaporkan di dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya.

Ad

Penyerang skuad kebangsaan itu merupakan pemain kedua yang diserang oleh individu yang tidak dikenali selepas seorang lagi pemain sayap lincah Harimau Malaya, Akhyar Rashid disamun pada Khamis yang lalu.

Ad