Syafiq Ahmad Dilaporkan Kembali Bersama Kedah
Transfer
MakanBola
Johor Southern Tigers / T. Avineshwaran
Advertisements

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad dilaporkan semakin hampir untuk menyertai pasukan gergasi dari utara tanah air, Kedah Darul Aman FC bagi musim 2024.

Nama Syafiq Ahmad sememangnya bukanlah nama yang asing buat penyokong Sang Kenari apabila pernah menyarung jersi Hijau Kuning sejak 2013 hingga 2017.

Advertisements

Syafiq juga pernah dipinjamkan dari JDT ke pasukan Kedah pada awal musim 2022 yang mana ketika itu, Kedah layak beraksi di pentas Piala AFC.

Namun tempoh pinjaman itu hanya bertahan 6 bulan selepas JDT memanggil semula Syafiq untuk memperkuatkan pasukan.

Advertisements

Desas-desus kepulangan Syafiq Ahmad ke Kedah itu telah dikongsikan oleh wartawan The Star, T. Avineshwaran melalui satu ciapan di laman X milik beliau.

Advertisements

“Difahamkan penyerang JDT, Syafiq Ahmad dikaitkan dengan perpindahan ke Kedah. Tahun lepas, dia mempunyai tempoh pinjaman singkat dengan mereka dan terbukti berjaya. Sebelum menyertai JDT, beliau bersama Sang Kenari dari 2013-2017.

image 38 Syafiq Ahmad Dilaporkan Kembali Bersama Kedah

Biarpun jarang diturunkan namun Syafiq Ahmad tidak pernah menghampakan para penyokong apabila beliau mendapat peluang beraksi.

Untuk musim 2023 ini, Syafiq telah beraksi dalam 11 perlawanan yang mana kesemuanya sebagai pemain gantian. Beliau telah meledak tiga gol dalam kesemua pertandingan.

Advertisements

Ini bermakna, ketajaman yang ada pada Syafiq masih tidak luntur. Jika perpindahan Syafiq ke Kedah menjadi kenyataan, sudah pasti ianya akan memberikan banyak pilihan buat jurulatih, Nafuzi Zain dalam mencorakkan taktikal baharu menggunakan kemampuan yang ada pada Syafiq.

News Comments Account