Perancang tengah Harimau Malaya, Syamer Kutty mencetuskan rasa bimbang kepada Ketua Jurulatih, Kim Pan-gon.
Pengendali Korea Selatan telah kehilangan beberapa tonggak utama susulan kecederaan seperti Arif Aiman, Faisal Halim, Syafiq Ahmad, Romel Morales dan juga Darren Lok.
Malaysia kini dalam persiapan rapi menjelang dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei.
Beberapa muka baru mendapat peluang untuk bersama Harimau Malaya namun khabar buruk pula menjelma.
Perancang tengah Penang FC, Syamer Kutty dikesan menjalani latihan ringan sahaja pada hari ke-3 latihan skuad kebangsaan di Wisma FAM.
Beliau berada dalam pantauan rapi barisan kejurulatihan negara tatkala beberapa tunjang utama telah pun diketepikan.
Pemain berusia 27 tahun itu merupakan watak penting Malaysia terutamanya di Piala Asia 2023 selain mendapat minit permainan bersama Harimau Kumbang.
Skuad kebangsaan akan beraksi bagi perlawanan kelima Kumpulan D menentang Republik Kyrgyz pada Khamis, 6 Jun 2024 di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek.
Perlawanan keenam pula akan menemukan Chinese Taipei dan skuad negara di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 11 Jun 2024.