Syihan Hazmi Ketuai Pencalonan Penjaga Gol Terbaik ABK
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Penjaga gol kebangsaan, Syihan Hazmi Mohamed mengetuai senarai calon akhir Penjaga Gol Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2024-2025.

Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT) itu bakal berdepan cabaran penjaga gol Selangor FC, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi dan penjaga gol Perak FC, Haziq Nadzli.

Ad

Ini selepas Malaysian Football League (MFL) mengumumkan senarai akhir calon yang merebut anugerah Penjaga Gol Terbaik ABK 2024-2025.

Ad

Syihan merekodkan 17 rekod tanpa bolos dalam 28 perlawanan semua kejohanan Liga Malaysia (Liga M). Ini termasuk 20 penampilan dalam Liga Super.

Syihan turut mengecapi dua trofi musim ini iaitu Piala Sumbangsih dan Piala FA. Beliau berpeluang menambah satu lagi trofi iaitu Unifi Piala Malaysia apabila JDT bertemu dengan Sri Pahang FC pada 26 April ini.

Ad

Selepas menyertai Selangor dalam tetingkap perpindahan kedua pada September 2024, Kalamullah merekodkan 10 rekod tanpa bolos dalam 16 perlawanan semua kejohanan termasuk MFL Challenge Cup.

Ad

Kecekapan beliau mengawal gawang Selangor turut membantu pasukan itu muncul juara MFL Challenge Cup.

Ad

Selepas menyertai Perak FC secara pinjaman dari JDT, Haziq merekodkan 24 penampilan dan lima perlawanan tanpa bolos.

Menariknya, ketiga-tiganya merupakan sebahagian kumpulan penjaga gol yang dipanggil menyertai kem Harimau Malaya oleh jurulatih Australia, Peter Cklamovski.

Syihan kemudiannya diberi peluang membuat penampilan ke-27 di peringkat antarabangsa dalam aksi menentang Nepal pada 25 Mac lalu. Malaysia mengatasi Nepal 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments