Advertising
Selangor Muncul Juara Challenge Cup, Hampakan PDRM
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Selangor FC akhirnya mengecapi trofi pertama dalam tempoh sedekad apabila muncul juara MFL Challenge Cup musim 2024/25.

Kejayaan itu dicapai dengan menewaskan PDRM FC 3-0 dalam aksi final kedua yang berlangsung di Stadium MBPJ.

Ad

Selepas meraih kemenangan agregat 3-0, Selangor hanya perlu mempertahankan kelebihan agregat mereka untuk meraih kemenangan. PDRM pula perlu menyumbat tiga gol jika ingin mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Ad

Pengendali The Red Giants, Katsuhito Kinoshi memilih Harith Haiqal Adam Afkar sebagai pengganti Safuwan Baharudin. Penolong jurulatih The Cops, Eddy Gapil memilih Bruno Suzuki untuk mengetuai jentera serangan mereka.

Ad

Penyerang Jordan, Ali Olwan membuka tirai jaringan buat Selangor seawal minit keempat. Beliau pantas menyudahkan hantaran Ronnie Fernandez melepasi penjaga gol PDRM, Bryan See.

Ad

Enam minit kemudian, giliran Yohandry Orozco pula mencetak nama sebagai penjaring. Fernandez sekali lagi menjadi pencipta dengan melorongkan bola yang mudah disudahkan bekas pemain VfL Wolfsburg itu.

Ad

PDRM terus ditimpa malang apabila dipaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-19. Eizrul Ashraf Nor Effendy diarah keluar padang oleh Nazmi Nasaruddin selepas pegawai VAR, Shukor Zulkiflee mengesan kekasaran yang dilakukan beliau ke atas pemain Selangor.

Kelebihan 11 pemain pantas dimanfaatkan The Red Giants untuk memburu gol ketiga. Hasilnya, Fernandez menanduk gol ketiga mereka pada minit ke-30.

Selangor terus mencari gol tambahan tetapi keputusan 3-0 kekal sehingga rehat separuh masa.

Bersambung selepas rehat, PDRM membuat kejutan dengan memasukkan Nor Hakeem Hamidun menggantikan Bryan.

Kelebihan agregat yang besar membolehkan Kinoshi memasukkan Khuzaimi Piee, Mukhairi Ajmal dan Zikri Khalili sebagai pemain gantian.

Faisal Halim hampir mencipta impak segera selepas masuk pada minit ke-71. Selepas berjaya menggelecek beberapa pemain pertahanan PDRM, percubaan pemain sayap kebangsaan itu tersasar.

Gol keempat The Red Giants akhirnya hadir pada minit ke-80 menerusi Orozco. Faisal membuat satu hantaran lintang yang mudah disempurnakan pemain perancang Venezuela itu mengatasi Nor Hakeem.

Selangor terus mencari gol tambahan tetapi keputusan 4-0 kekal sehingga tamat perlawanan. Keputusan ini menyaksikan Selangor meraih trofi pertama sejak menjulang Piala Malaysia pada 2015.

Selepas ini, The Red Giants akan menentang Sabah FC pada 27 Februari. The Cops pula akan menentang KL City FC pada 26 Februari.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments