Bekas jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente mengucapkan tahniah kepada jurulatih Sabah FC, Juan Torres Garrido atas kejayaan bergelar juara MFL Challenge Cup.
Ucapan ringkas itu dizahirkan beliau selepas mengetahui Sabah muncul juara dengan menewaskan Penang FC menerusi penentuan sepakan penalti.
“Tahniah,” katanya ringkas di Instagram Story. Beliau turut berkongsi hantaran Sabah muncul juara MFL Challenge Cup dalam hantaran sama.

Pau Marti dan Garrido bukan asing kerana pernah menjadi sebahagian daripada barisan kejurulatihan Harimau Malaya pada 2024.
Bekas pengarah pembangunan Hajduk Split pada ketika itu memikul tugas sebagai penolong jurulatih kepada Pau Marti. Selain itu, Garrido juga merupakan jurulatih skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23).
Malah, bekas jurulatih Kitchee itu juga antara figura yang memberi kata-kata semangat kepada beliau selepas dilantik sebagai jurulatih Sang Badak.
Meskipun kini sibuk dengan tugasan bersama kelab gergasi Sepanyol, Barcelona, Pau Marti sentiasa mengikuti perkembangan bola sepak tanah air.