Advertising
3 Hukuman Berat Diterima PDRM
MakanBola
PDRM FC

Pasukan PDRM telah dijatuhkan 3 hukuman berat oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pada Jumaat, para peminat bola sepak tempatan dikejutkan dengan hukuman yang dikenakan buat pasukan PDRM oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM menjelang aksi final kedua MFL Challenge Cup.

Ad

Jawatankuasa Tatatertib FAM mendapati The Cops telah menurunkan pemain yang tidak berkelayakan ketika aksi final pertama yang berlangsung pada 15 Februari lalu di Stadium MBPJ.

Ad

Aksi tersebut menyaksikan Safiee Ahmad dibawa masuk oleh ketua jurulatih, P. Maniam selaku pemain gantian di separuh masa kedua.

Walau bagaimanapun, pemain berusia 27 tahun itu tidak sepatutnya tersenarai dalam aksi berkenaan oleh kerana Safiee perlu menjalani penggantungan satu perlawanan setelah mengutip dua kad kuning. 

Ad

Dua kad kuning itu diraih dalam aksi suku akhir pertama menentang Melaka FC dan aksi separuh akhir kedua menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Ad

Maka, MFL dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa PDRM telah dijatuhkan hukuman pertama iaitu dilucutkan hak perlawanan yang menyaksikan The Cops dikira kalah dalam aksi pertama lalu

Ad

Selain itu, PDRM turut dikehendaki membayar sejumlah iaitu sebanyak RM3,000 sebagai bentuk denda selain diberikan amaran keras seandainya melakukan kesalahan yang sama sekali lagi.

“Sehubungan itu, PDRM FC telah dihukum dengan dilucutkan hak perlawanan dan dikira telah kalah perlawanan tersebut dengan keputusan 3-0 dan perlu membayar denda sebanyak RM3,000,” umum MFL

“PDRM FC juga diberikan amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini tidak boleh dirayu.”

Oleh itu, perlawanan final kedua pada Sabtu, 22 Febuari ini menyaksikan Selangor diberi kelebihan 3-0 ke atas PDRM.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments