Syria mempamerkan satu persembahan yang amat memberangsangkan untuk menewaskan China.
Pertemuan antara dua pasukan ini berlangsung di Stadium Phoenix Hill, Chengdu, China yang menyaksikan kedua-dua pasukan mahu memburu mata FIFA.
Pasukan bimbingan Aleksandar Janković menurunkan kesebelasan terbaik dengan penyerang naturalisasi pasukan, Elkesen kekal mengemudi jentera serangan.
China memiliki peluang terbaik menerusi tandukan Wu Lei namun tersasar ke bahagian kiri gawang sebelum rembatan Su Wuowen juga tersasar.
Syria yang sesekali hadir menerusi serangan balas gagal menembusi gawang China yang dikawal rapi oleh
Keputusan babak pertama tamat 0-0.
Bersambung babak kedua, Syria memulakan langkah dengan cukup bertenaga apabila mengasak kubu lawan.
Pasukan ke-94 dunia itu menerusi ledakan Thaer Krouma yang melepaskan rembatan yang menerjah masuk ke kanan gawang China pada minit ke-59.
China bagaimanapun berhempas-pulas untuk mendapatkan jaringan namun dipatahkan oleh barisan pertahanan Syria.
Tambahan masa 5 minit tidak cukup untuk mengubah keputusan perlawanan.
Kemenangan Syria menyaksikan mereka memperoleh tambahan +5.6 mata daripada perlawanan ini.
Sebelum ini, Malaysia mencatatkan keputusan seri 1-1 berdepan China dan 2-2 menentang Syria.