Tajikistan datang ke Malaysia dengan membawa berita baik menjelang aksi Pestabola Merdeka 2024.
Juara bertahan Pestabola Merdeka itu sebelum ini terpaksa menelan hakikat apabila kehilangan watak penting iaitu Ketua Jurulatih, Petar Segrt yang meletak jawatan.
Pasukan Asia Tengah itu juga merekodkan pencapaian baik di Piala Asia 2023 apabila mara hingga ke peringkat suku akhir sebelum tunduk di tangan Jordan.
Khabar baik dibawa oleh Tajikistan ke Malaysia apabila jurulatih sementara, Gela Shekiladze dilaporkan akan terus kekal membimbing pasukan.
“Persekutuan Bola Sepak Tajikistan (TFA) meneruskan kerjasama jurulatih Georgia-Belgium, Gela Shekiladze yang terus bersama sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan Tajikistan.
Pengendali berusia 53 tahun itu mengetuai pasukan kebangsaan Tajikistan sejak Februari tahun ini dan turut ditugaskan untuk mengetuai pasukan ke final Piala Asia 2027.
“Kami berterima kasih kepada kepimpinan Persekutuan Bola Sepak Tajikistan atas kepercayaan yang diberikan. Kami akan mula membuat persiapan untuk kelayakan Piala Asia 2027 pada September, apabila kami akan mengambil bahagian dalam kejohanan di Malaysia,” tambahnya.
Tajikistan juga memiliki reputasi baik bertemu Harimau Malaya apabila menang dalam dua pertemuan terakhir iaitu pada final King’s Cup dan juga Pestabola Merdeka 2023.
Malaysia bagaimanapun akan bertemu Filipina sementara Tajikistan mementant Lubnan pada 4 September 2024.