Tajikistan Nafikan Hajat Tiga Mata Arab Saudi
Asia
Saudi Arabia FF
Advertisements

Jaringan lewat Tajikistan selamatkan maruah pasukan ketika berdepan Arab Saudi dalam aksi keempat kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027.

Minggu lalu, Arab Saudi yang dibimbing Roberto Mancini mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Tajikistan hasil jaringan ayam tambatan pasukan, Salem Al Dawsari pada awal permainan.

Aksi yang berlangsung di Dushanbe Central Stadium ini menyaksikan permainan seimbang ditampilkan kedua-dua pasukan di awal babak pertama.

Advertisements

Arab Saudi hadir beberapa kali ke kubu Tajikistan dengan percubaan-percubaan yang mampu menerjah gawang lawan namun kekebalan Rustam Yatimov berjaya menafikan peluang tersebut.

Ketumpulan barisan serangan kedua-dua pasukan menyaksikan tiada jaringan dapat dihasilkan sekaligus menamatkan separuh masa pertama dengan keputusan Tajikistan 0-0 Arab Saudi.

Bersambung babak kedua, Arab Saudi tidak menunggu lama untuk memimpin permainan hasil penyudah tajam Firas Al Buraikan pada minit ke-46.

Advertisements

Anak-anak buah Gela Shekiladze berusaha bangkit memburu jaringan penyamaan namun setiap peluang tersebut berjaya dipatahkan barisan pertahanan pelawat.

Usaha tuan rumah mencari gol penyamaan akhirnya membuahkan hasil apabila Rustam Soirov muncul wira pasukan apabila meledak jaringan lima minit sebelum tamat permainan.

Tamat aksi, Tajikistan 1-1 Arab Saudi.

Advertisements

Keputusan ini menyaksikan Arab Saudi kekal memimpin carta kumpulan G dengan 10 mata daripada empat perlawanan manakala Tajikistan turun ke tangga ketiga dengan lima mata.

Aksi seterusnya menyaksikan Arab Saudi bakal bertandang ke laman Pakistan manakala Tajikistan akan berdepan cabaran getir finalis Piala Asia, Jordan di tempat lawan pada 6 Jun hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram