Ads
Tajikistan Pertaruh Muka Baharu Ke Pestabola Merdeka
Asia
Tajikistan FF

Wakil Asia Tengah, Tajikistan membawa beberapa muka baharu untuk membantu pasukan itu memburu gelaran juara Pestabola Merdeka buat kali kedua berturut-turut.

Advertisements

Tajikistan muncul juara Pestabola Merdeka edisi 2023 apabila menewaskan tuan rumah Malaysia di pentas final.

Advertisements

Pasukan yang diberi jolokan The Crowns itu meraih kemenangan 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Dua gol mereka masing-masing disumbang Rustam Soirov dan Shahrom Samiev.

Advertisements
Advertisements

Walau bagaimanapun, Tajikistan membawa barisan pemain yang berbeza bagi menghadapi Pestabola Merdeka 2024. Ini berdasarkan senarai 23 pemain yang diumumkan Persekutuan Bola Sepak Tajikistan (TFF) baru-baru ini.

Pengendali The Crowns, Gela Shekiladze tidak dapat memanggil ramai pemain FC Istiklol Dushanbe kerana pasukan itu perlu fokus kepada kempen peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

Advertisements

Ini bermakna penyokong bola sepak negara tidak berpeluang kembali bersua dengan pemain tengah Tajikistan, Amirbek Juraboev dan Soirov. Ini disebabkan kedua-duanya tonggak di sebalik kejayaan Tajikistan untuk Pestabola Merdeka 2023.

Selain itu, nama Juraboev juga cukup dikenali kerana pernah mewakili kelab Liga Super, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada 2023.

Shekiladze juga terpaksa melupakan khidmat penjaga gol FC Rostov, Rustam Yatimov untuk kejohanan ini. Ini selepas penjaga gol berusia 26 tahun itu dilaporkan mengalami kecederaan.

Lantaran itu, penjaga gol Ufa, Oleg Baklov dipanggil sebagai pengganti untuk mengisi barisan 23 pemain ke Pestabola Merdeka 2024.

Rombongan The Crowns sudah tiba di Malaysia pada malam 31 Ogos lalu. Ketibaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman.

Advertisements

Tajikistan bakal membuka kempen Pestabola Merdeka 2024 dengan menentang Lubnan pada 4 September. Sementara Malaysia bakal menentang Filipina dalam satu lagi aksi kejohanan pada hari yang sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram