“Tak Kisah Pemain Murah Ke Mahal, Asal Cocok Dengan Jurulatih” – Zainal Abidin
MakanBola
Astro Arena
Sponsors

Lagenda bola sepak negara, Zainal Abidin Hassan yakin harga pemain bukan kayu ukur dalam sesebuah pasukan yang dibentuk.

Aksi suku akhir Piala FA menyaksikan Selangor berjaya membenam cabaran sengit Kuching City menerusi penentuan sepakan penalti.

Ad

Datuk Zainal Abidin merasakan bahawa nilai pemain tidak menjadi keutamaan namun falsafah dan kesesuaian dengan pasukan adalah amat penting.

Ad

Hal ini susulan Kuching City di bawah kendalian Aidil Sharin berjaya mempamerkan aksi memberangsangkan sejak permulaan musim 2024/25.

“Kadang jurulatih ini tidak kisah pun pemain itu mahal atau murah, beliau ada filosofinya sendiri. Tidak kiralah sama ada pemain itu dari kelab atas atau bawah, jurulatih sentiasa memerhatikan pemain yang sesuai dengan percaturannya.

Ad

“Melihat kepada pemain itu cocok dengan sistem yang ingin dimainkan. Jika pemain itu dipanggil dan melihat falsafah itu kena dengan permainannya, dan melihat sesuai maka di situ.

Ad

Safee Sali berpandangan bahawa sekiranya pemain yang dipilih itu dapat menyesuaikan diri dengan baik bersama pasukan, maka ia akan memudahkan tugas jurulatih.

Ad

“Jika pemain itu sudah mengenali dan bersama kita, mudah untuk jurulatih merencanakan percaturan. Jurulatih perlu hadap tekanan daripada pengurusan dan dari luar, jadi dapat mengawal pemain memberi kelebihan kepadanya,” ujar Safee kepada Astro Arena.

Selangor melangkah ke separuh akhir dan bakal menentang Terengganu dalam aksi timbal balik bermula 20 Julai 2024.