Transfer
AFC
Advertisements

Pemain tengah kelahiran Jepun, Takahiro Kunimoto difahamkan telah pun didaftarkan secara rasmi selaku pemain baharu JDT.

Desas-desus mengenai ketibaan pemain berusia 25 tahun ke dalam skuad Harimau Selatan mula tular apabila beliau telah pun tersenarai dalam laman sesawang Transfermarkt.

Menerusi satu hantaran oleh Johor Southern Tigers, ia seolah-olah memberi bayangan bahawa seorang pemain Jepun bakal didatangkan menerusi satu klip yang dimuat naik.

Advertisements

Perkara ini dikukuhkan lagi apabila nama pemain yang mesra disapa Kuni ini telah pun terpapar pada laman CMS FAM.

Bekas pemain pasukan gergasi Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai pada musim 2020 hingga 2022 ini difahamkan akan mengisi kuota pemain Asia Harimau Selatan.

Sepanjang bersama Jeonbuk, Kuni telah melakukan sebanyak 64 penampilan dan meledak 10 gol secara keseluruhan.

Advertisements

Namun begitu, masih tiada pengumuman rasmi mengenai kehadiran pemain ini oleh JDT mengenai bekas pemain Casa Pia ini.

Beliau cemerlang membantu Jeonbuk Hyundai meraih gelaran juara Liga Korea musim 2019/2020 dan 2020/2021 serta membantu Jeonbuk Hyundai menjulang Piala FA Korea pada tahun 2020 dan 2022.

3B754B70 B459 490E 83CD 49478D98F475 Takahiro Kunimoto Telah Didaftarkan Dalam Skuad JDT?

Pencapaian membanggakan pemain tengah sensasi ini pastinya ditagih terutamanya menjelang kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023 kelak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram