Penyokong Jeonbuk Anggap JDT Untung Sambar Takahiro Kunimoto
Asia
AFC
Advertisements

Penyokong kelab Liga 1 Korea, Jeonbuk Hyundai menganggap satu keuntungan buat kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) jikalau gergasi Liga Super itu benar-benar berjaya menandatangani Takahiro Kunimoto.

JDT dijangka bakal diperkuat perancang tengah berbakat dari Jepun, Takahiro Kunimoto atau lebih mesra disapa Kuni. Berita perpindahan Kuni ke JDT tular sejak semalam dan ketika ini hanya menunggu pengumuman rasmi daripada pasukan.

Akaun penyokong Jeonbuk Hyundai di Twitter telah melontarkan pendapat berkaitan perpindahan pemain ini ke JDT. Bagi mereka, penghijrahan Kuni ke JDT adalah perkara yang luar biasa.

Advertisements

Kuni sebelum ini sempat beraksi bersama pasukan gergasi Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai pada musim 2020 hingga 2022. Meraih sebanyak 64 penampilan, Kuni berjaya meledak 10 gol secara keseluruhan ketika bersama Jeonbuk Hyundai.

Beliau cemerlang membantu Jeonbuk Hyundai meraih gelaran juara Liga Korea musim 2019/2020 dan 2020/2021 serta membantu Jeonbuk Hyundai menjulang Piala FA Korea pada tahun 2020 dan 2022.

Pencapaian membanggakan pemain tengah berusia 25 tahun ini pastinya ditagih JDT bagi memastikan gelaran juara Liga Super Malaysia 2023 dalam tangan. Kuni juga bakal menjadi tonggak penting JDT menjelang kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023 kelak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram