Bekas arkitek tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah tiba di China bagi menghadapi musim baharu di saingan China League One.
Pemain berusia 26 tahun itu telah melengkapkan perpindahanya awal bulan Februari yang lalu bersama pasukan Liaoning Tieren F.C secara percuma.
Beliau kini sudah berada bersama pasukan bagi hadapi aksi pra musim, seperti yang dilaporkan media China, Hotpot Football.
China League One akan bermula pada bulan hadapan, 9 Mac 2024 bagi musim baharu 2024.
Dalam saingan 2023, Liaoning Tieren menamatkan saingan di tangga ke-10 liga dengan mencatatkan 8 kemenangan 11 seri dan 11 kekalahan.
Takahiro Kunimoto, pemain berasal dari Jepun antara 4 pemain import dalam pasukan.
Untuk rekod, Takahiro Kunimoto sempat beraksi bersama JDT sebanyak 6 perlawanan sahaja musim lepas.
Bekas pemain Jeonbuk Hyundai itu gagal memberi impak dalam pasukan JDT selepas dilihat hanya menjadi pilihan kedua dibelakang pemain import, Juan Muniz.