Advertisements
Takehiro Tomiyasu Tidak Akan Benarkan Indonesia Jaring Gol
Asia
MakanBola
@tomiyasu.t

Takehiro Tomiyasu tidak akan membenarkan Indonesia menjaringkan sebarang gol dalam aksi terakhir kumpulan D kelak.

Advertisement

Pemain pertahanan Jepun tersebut mahu membantu Jepun meraih cleansheet pertama setelah dibolosi 4 kali dalam 2 perlawanan menentang Vietnam dan Iraq.

“Ini bukan perlawanan yang mudah. Tidak ada perlawanan mudah dalam Piala Asia. Kita harus belajar daripada kesilapan sewaktu melawan Iraq kerana Indonesia akan berjuang habis-habisan.” ujar Tomiyasu.

Advertisement

Pemain pertahanan Arsenal ini juga bersedia menghadapi serangan awal Indonesia yang sedang mengejar mata penting agar dapat layak ke pusingan 16 Piala Asia.

“Indonesia mungkin akan menyerang awal dan kita harus hadapinya. Selaku pemain pertahanan, Jepun telah bolos dalam dua perlawanan berturut-turut jadi saya mahu meraih cleansheet berdepan Indonesia.”

Advertisement

“Pemain seperti saya atau Wataru Endo harus jadi pemimpin dalam skuad Jepun agar pasukan kekal positif.” jelasnya lagi.

Advertisement

Takehiro Tomiyasu sebelum ini turun selaku pemain gantian sewaktu Jepun tewas mengejut kepada Iraq tempoh hari.

Ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong sebelum ini menganggap bola sepak Indonesia sedang membangun dan bakal memberikan aksi terbaik bertemu pasukan Jepun.

Advertisement

Shin Tae-yong juga mahu menggunakan pendekatan yang berbeza daripada Iraq untuk aksi bertemu Jepun kerana tahu kemampuan pemain Indonesia dan Iraq tidak sama.

Skuad Samurai Biru bakal menentang cabaran Indonesia di Stadium Al Thumama manakala Iraq akan berdepan Vietnam dalam aksi terakhir kumpulan D Piala Asia 2023.