Advertisement
Tan Cheng Hoe Dalam Keadaan Bahaya
Asia Tenggara
MakanBola
Police Tero FC

Nasib Tan Cheng Hoe masih berada dalam keadaan bahaya walaupun berjaya membawa Police Tero FC menewaskan Bangkok United FC dengan keputusan 3-0 dalam saingan Liga Thailand semalam.

Ini kerana, kedudukan Police Tero kekal berada di zon penyingkiran dan mereka wajib menang pada aksi terakhir liga menentang BG Pathum United pada 26 Mei depan.

Secara matematik, agak sukar untuk Police Tero yang kini berada di tangga ke-14 untuk kekal di dalam divisyen tertinggi Thailand itu kerana perlu mengharapkan tiga lagi pasukan iaitu Lamphun Warrior (tangga ke-13), Chonburi (tangga ke-14) dan Trat FC (tangga ke-16) untuk tewas dua aksi terakhir.

Police Tero sudah melalui 29 perlawanan dengan satu perlawanan berbaki berbeza dengan tiga pencabar terdekat yang lain yang masih berbaki dua perlawanan.

Walaupun agak sukar untuk melihat Police Tero kekal, namun kemenangan ke atas Bangkok United semalam seolah-olah memberi bayangan bahawa mereka akan berjuang sehingga ke aksi terakhir liga.

Terdahulu, Cheng Hoe telah mengejutkan arena bola sepak Malaysia selepas meninggalkan Selangor FC secara mengejut walaupun berjaya membawa pasukan itu ke pentas Asia.