Tan Cheng Hoe Guna Pendekatan Berbeza Di Thailand
Asia Tenggara
Police Tero FC
Advertisements

Jurulatih Police Tero, Tan Cheng Hoe melihat pendekatan berbeza sebagai kunci kejayaan pasukan itu meraih kemenangan baru-baru ini.

Police Tero akhirnya berjaya mengecapi kemenangan pertama dalam 12 perlawanan selepas mengalahkan Uthai Thani 1-0 dalam aksi terbaru Thai League 1.

Pasukan yang diberi jolokan The Silver Shield Dragon itu meraih kemenangan menerusi gol Ekkachai Sumrei pada minit ke-91.

Advertisements

Ini juga kemenangan pertama Cheng Hoe sebagai jurulatih Police Tero selepas mencuba buat kali keenam.

Bekas jurulatih Harimau Malaya itu melihat pendekatan baru ini mampu membantu The Silver Shield Dragon keluar daripada zon penyingkiran Thai League 1.

“Semasa sambutan Songkran di Thailand, saya beri mereka cuti sehari saja. Ini kerana kita perlu untuk bekerja dan menyediakan pasukan dalam situasi di mana pasukan dapat mengelak daripada penyingkiran.

Advertisements

“Ini termasuk mengurangkan dan menambahbaik kelemahan pasukan yang perlu diatasi. Untuk mewujudkan motivasi untuk semua pemain agar mereka tidak terlalu tertekan.

“Dan kita perlu mengharungi satu perlawanan ke satu perlawanan yang lain sehingga tamat musim ini,” katanya seperti yang dilaporkan oleh SiamSport.

Police Tero kini menduduki tangga ke-15 liga dengan 24 mata selepas 25 perlawanan. Selepas ini, mereka akan menentang Trat pada 28 April ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram