Advertising
Thai League 1: Tan Cheng Hoe Raih Kemenangan Sulung Bersama Police Tero
MakanBola
Police Tero FC

Selepas sering kali menamatkan perlawanan dengan nota kekalahan, Tan Cheng Hoe akhirnya berjaya meraih kemenangan sulung bersama Police Tero di Liga Thailand.

Dalam aksi liga menentang Uthai Thani FC sebentar tadi, Police Tero yang turun sebagai pasukan tuan rumah dipaksa bekerja keras sebelum meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas lawannya.

Ad

Perlawanan dimulakan dengan Police Tero melancarkan serangan awal. Beberapa percubaan merbahaya dihasilkan Police Tero untuk tempoh 20 minit pertama.

Ad

Peluang terbaik Police Tero hadir pada minit ke-28 melalui percubaan Sorawit Panthong yang melepaskan rembatan lencong dari luar kotak penalti, namun ianya berjaya ditangkap kemas penjaga gol Uthai Thani, Boonyakait Wongsajaem.

Biarpun kedua-dua pasukan saling mengasak, namun tiada jaringan dapat dihasilkan pada babak pertama perlawanan.

Ad

Bersambung babak kedua, Uthai Thani mula mempamerkan aksi menyerang dengan beberapa gerak serangan mereka acap kali memecah kubu kebal Police Tero.

Ad

Police Tero hampir sahaja berada di hadapan pada minit ke-60 hasil percubaan Sorawit Panthong sekali lagi, kali ini percubaannya sedikit tersasar.

Ad

Ketika perlawanan hampir ditamatkan dengan keputusan seri tanpa jaringan, pemain gantian Police Tero, Ekkachai Sumrei menjadi wira pasukannya apabila meledak gol kemenangan pada masa kecederaan.

Kedudukan 1-0 itu kekal sehingga wisel penamat ditiupkan sekali gus menghadiahkan 3 mata berharga buat Police Tero.

Police Tero kini naik ke kedudukan ke-14 Liga Thai 1 dengan mengumpul 24 mata. Untuk aksi seterusnya Police Tero bakal menentang pasukan tercorot liga, Trat FC pada 28 April.