Tan Cheng Hoe: Indonesia Hanya Mahu Seri,  Main Bertahan
Piala AFF
FA Malaysia
Advertisements

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menjangkakan pasukan Indonesia akan bermain bertahan kerana keputusan seri sudah memadai buat pasukan berkenaan untuk layak ke separuh akhir Piala AFF 2020.

Tan Cheng Hoe turut mempersiapkan pasukan pada tahap maksima dan bersedia dengan segala kemungkinan memandangkan Indonesaia mempunyai kelebihan dari segi pengutan mata kumpulan B.

“Kalau kita ingin melangkah jauh, fikiran kita harus positif dan semua pemain harus percaya pada kemampuan mereka sendiri, terutama ketika melawan Indonesia.” Jelas Tan Cheng Hoe.

Advertisements

“Paling penting adalah kita turun dengan persiapan terbaik kerana kita tahu, Indonesia hanya inginkan keputusan seri sahaja, dan kita jangkakan Indonesia akan bermain bertahan. Kita harus bersedia dan mempersiapkan pasukan terbaik melawan Indonesia nanti.” Tambah beliau.

Tan Cheng Hoe turut tidak kisah dengan cara Malaysia bermain Ahad ini kerana kemenangan lebih penting berbanding corak permainan yang cantik.

Pasukan Malaysia bakal bertemu Indonesia Ahad ini jam 8.30 malam dan kemenangan satu-satunya cara untuk Malaysia layak ke separuh akhir.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram