Ketua jurulatih pasukan negara, Tan Cheng Hoe sanggup melakukan apa sahaja agar Malaysia menang ke atas pasukan Indonesia walaupun terpaksa bermain tidak cantik.
Jika sebelum ini Harimau Malaya dikenali dengan penguasaan bola tinggi dan hantaran-hantaran kemas, mungkin dalam perlawanan menentang Indonesia, Tan Cheng Hoe akan mengguna pakai konsep ‘asalkan menang’.
“Sudah tentu keputusan perlawanan lebih penting daripada permainan sepak bola yang cantik. Ini adalah perlawanan yang harus dimenangi tidak kisah berapa banyak pemain yang kami miliki dan situasi apa pun yang kami hadapi saat ini,” jelas Tan Cheng Hoe kepada wartawan.
“Jika terburu-buru, kami tidak mampu bermain dengan cara yang kami mahukan.”
“Paling penting adalah pemain percaya kepada kemampuan mereka sendiri dan rakan sepasukan.”
Tan Cheng Hoe turut menegaskan tentang ancaman serangan balas pasukan Indonesia yang berbahaya dan ingin barisan pertahanan lebih peka dengan kemampuan pasukan baru Indonesia ini.
Dalam perlawanan sebelum ini, Indonesia berjaya mengikat juara bertahan, Vietnam 0-0 sekaligus mengungguli carta kumpulan B berkongsi 7 mata dengan Vietnam.