Tan Cheng Hoe Sahut Cabaran Latih Police Tero
Asia Tenggara
Police Tero FC
Advertisements

Bekas pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe mengakui tawaran melatih kelab barunya, Police Tero FC sebagai satu cabaran menarik buatnya.

Sebelum ini, ramai peminat bola sepak negara terkejut apabila bekas jurulatih Harimau Malaya itu memilih meninggalkan Selangor dan menerima tawaran kelab Thai League 1 itu.

Ini kerana Police Tero ketika ini berada di zon penyingkiran liga dan telah mengalami 10 kekalahan liga. Ini termasuk tiga kekalahan besar dalam lima perlawanan terakhir Thai League 1.

Advertisements

Meskipun mengakui ini satu tugas yang mencabar buat beliau, Cheng Hoe melihat ini bukan saja satu cabaran baru dalam karier kejurulatihannya.

Malah, ini peluang buat dirinya untuk menguji kemampuan melatih pasukan dalam liga yang disifatkan antara yang terkuat di rantau Asia Tenggara.

“Keputusan saya untuk menerima tugas melatih Police Tero ialah kerana ini satu cabaran. Saya mahu mencari cabaran baru.

Advertisements

“Liga bola sepak Thai merupakan liga terkuat di rantau ASEAN seperti pasukan bola sepak Thailand yang dianggap pasukan terkuat, begitu juga dengan pasukan lain seperti Malaysia dan Vietnam, itu yang saya mahu belajar dan rasai pengalaman.

“Saya perlukan sedikit masa untuk membimbing pasukan (kembali mencatat kemenangan). Saya yakin saya akan dapat mengetuai Police Tero kembali mengecapi kegemilangan silamnya,” katanya seperti dilaporkan oleh SiamSport.

Sentuhan Cheng Hoe sudah mula menampakkan hasil dengan membantu Police Tero meraih keputusan seri 1-1 dengan Nakhon Pathon.

Advertisements

Penyerang Congo, Juvhel Tsoumou menyempurnakan penalti pada minit ke-74 bagi memastikan The Silver Shield Dragons pulang dengan satu mata.

Cheng Hoe berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan anak buahnya. Dan beliau berharap dengan semangat dan keazaman yang ditampilkan, ini dapat membantu mereka kembali bangkit dalam liga.

“Saya datang ke sini untuk melatih pasukan dua hari sebelum perlawanan. Saya cuba menaikkan moral pemain dan mereka beraksi dengan baik.

Advertisements

“Mereka tunjukkan lebih banyak usaha dan keazaman. Ia sesuatu yang bagus kita berjaya mendapat satu mata dalam perlawanan ini. Dan ini mata pertama saya bekerja dalam liga Thailand yang kuat,” ujarnya.

Selepas ini, Police Tero bakal turun menentang PT Prachuap dalam aksi terbaru Thai League 1 pada Jumaat ini. 

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram