Thai League 1: Penalti Selamatkan Police Tero Dan Tan Cheng Hoe
Asia Tenggara
Police Tero FC
Advertisements

Sepakan penalti menjadi penyelamat Police Tero dan Tan Cheng Hoe daripada dimalukan di gelanggang sendiri berdepan Nakhon Pathom dalam saingan Liga Thai 1 sebentar tadi.

Police Tero mempertaruhkan ketajaman penyerang baharu dari Congo, Juvhel Tsomou dalam usaha memburu jaringan.

Perlawanan dimulakan dengan penguasaan dipamerkan oleh Police Tero yang merupakan pasukan tuan rumah manakala pemain Nakhon Pathom dilihat berdisiplin ketika bertahan.

Advertisements

Hasil penguasaan bola yang baik, Police Tero telah mencipta beberapa peluang keemasan untuk menjaringkan gol namun ketumpulan penyudah menjadi masalah utama buat mereka.

Nakhon Pathom yang jarang melakukan serangan secara tiba-tiba berjaya di hadapan melalui tandukan Nattanan Biesamrit pada minit ke-32. Gol tersebut mencetuskan kontroversi apabila pemain Police Tero mendakwa bola sudah keluar dari permainan terlebih dahulu sebelum jaringan tersebut terhasil.

Pengadil perlawanan terpaksa meminta bantuan dari Video Bantuan Pengadil (VAR) sebelum mengesahkan jaringan tersebut sekali gus mengubah kedudukan menjadi 1-0 memihak kepada Nakhon Pathom.

Advertisements

Ketinggalan satu jaringan, Police Tero menggandakan asakan untuk mendapatkan gol penyamaan. Namun, tiada jaringan dapat dihasilkan dan menamatkan separuh masa pertama dengan Nakhon Pathom mendahului 1-0.

Bersambung babak kedua, Police Tero dilihat meneruskan penguasaan bola dengan saling bertukar-tukar hantaran pendek dan tepat.

Pada minit ke-62, Nakhon Pathom hampir menambah jaringan melalui Taku Ito namun percubaannya dari dalam kotak penalti sedikit tersasar.

Advertisements

Jaringan penyamaan buat Police Tero akhirnya hadir pada minit ke-73 melalui sepakan penalti Juvhel Tsomou. Penalti itu diberikan selepas pengadil mengesan kekasaran terhadap Tsomou di dalam kotak penalti. Kedudukan terikat 1-1.

Perlawanan agak tegang dengan beberapa insiden kekasaran namun pengadil perlawanan seharusnya diberikan kredit dengan tenang mengawal suhu permainan.

Berbaki 10 minit perlawanan, Nakhon Pathom menggandakan serangan untuk mencari gol kedua manakala Police Tero kadang kala melancarkan serangan balas.

Advertisements

Biarpun saling berbalas serangan, namun tiada tambahan jaringan dapat dihasilkan sekali gus menamatkan perlawanan dengan keputusan seri 1-1.

Keputusan seri itu tidak mengubah kedudukan Police Tero yang kekal di tangga ke-14 liga. Untuk perlawanan seterusnya, Police Tero bakal berdepan pasukan tercorot, Prachuap pada 8 Mac manakala Nakhon Pathom bakal bertemu Trat FC pada 10 Mac.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram