Advertisement

Follow us:

Tan Cheng Hoe Tak Mahu Persiapan Singkat Jadi Alasan

Tan Cheng Hoe Twitter @ASTROARENA Tan Cheng Hoe Tak Mahu Persiapan Singkat Jadi Alasan
@ASTROARENA
Azim Noor
@mohdazim45
10:55am 03/03/2023
Pivo

Selangor mencatat kemenangan kedua Liga Super semalam selepas membelasah Kuching City 5-0 di Stadium Negeri Sarawak. Tetapi dengan perlawanan menentang Sri Pahang yang bakal berlangsung dua hari selepas itu, Tan Cheng Hoe mahu anak-anak buahnya kekal konsisten.

Perlawanan semalam menyaksikan Noor Al-Rawabdeh menyumbat dua gol (minit keempat, 48). Ayron Del Valle (minit kesembilan), Brendan Gan (minit ke-65) dan Danial Asri (minit ke-73) turut muncul sebagai penjaring.

Walaupun berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya, jurang perlawanan seterusnya selang dua hari menyaksikan persiapan menentang skuad Tok Gajah dianggap singkat.

Dengan anak-anak buah Fandi Ahmad turut mencatat kemenangan 4-1 ke atas Kelantan semalam, Cheng Hoe sedar mereka bakal menjanjikan perlawanan sukar buat Merah Kuning.

“Kita tidak jangka kita boleh menang 5-0. Dan saya rasa secara keseluruhan, pemain-pemain menunjukkan disiplin yang tinggi atas padang, baik semasa menyerang mahupun bertahan sebagai pasukan. Itulah yang kita perlu kekalkan untuk pasukan terus konsisten.

“Ya, memang kita ada dua hari saja untuk membuat persiapan. Kita tahu pada ketika ini, (Sri) Pahang pun mendahului 4-0 dengan Kelantan, jadi saya rasa ia satu perlawanan yang baik.

“Kita bersedia untuk (Sri) Pahang walaupun kedua-dua pasukan ingin mencari kemenangan ketiga dalam perlawanan itu nanti,” katanya kepada Astro Arena selepas tamat perlawanan.

Red Giants perlu mencatat kemenangan ketiga ke atas Sri Pahang pada Ahad ini sekiranya mahu memintas Sabah yang ketika ini bergelar pendahulu liga.