Tan Cheng Hoe Terima Hukuman Sulung Di Thailand
Asia Tenggara
Police Tero
Advertisements

Menghampiri dua bulan berada di Thailand, jurulatih Police Tero, Tan Cheng Hoe telah menerima hukuman buat pertama kalinya dalam saingan Liga Thailand.

Pada aksi di antara Police Tero dan Lamphun Warrior semalam, Tan Cheng Hoe telah dihukum selepas dilayangkan kad kuning pada minit ke-39 oleh pengadil perlawanan.

Kad kuning tersebut dilayangkan selepas Cheng Hoe difahamkan telah membantah keputusan pengadil perlawanan. Cheng Hoe bagaimana pun berjaya membimbing barisan pemain Police Tero sehingga tamat perlawanan.

Advertisements

Aksi di antara Police Tero dan Lamphun Warrior berakhir dengan keputusan seri 1-1. Lebih menarik lagi, Police Tero terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-69 selepas Rachata Moraksa diperintah keluar padang kerana mengasari lawan.

Keputusan seri itu membolehkan Police Tero mencuri satu mata berharga walaupun diserang dengan bertubi-tubi sepanjang perlawanan.

Police Tero kini berada di tangga tercorot Liga Thai 1 dengan mengumpul 21 mata selepas 24 perlawanan. Manakala Cheng Hoe masih tercari-cari kemenangan pertamanya bersama Police Tero selepas mengambil alih jawatan ketua jurulatih pada 29 Februari yang lalu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram