Tanggapan Mengejutkan Shimon Yoshinari Berkenaan Johan Ghazali
UltraSukan
ONE Championship

Jaguh Muay Thai Jepun, Shimon Yoshinari memiliki tanggapan mengejutkan terhadap jaguh Malaysia, Johan Ghazali.

Jaguh Jepun itu menganggap Johan seorang lawan yang bagus selepas memberi tentangan sengit kepada beliau dalam ONE Samurai 1.

“Anda seorang jaguh yang bagus,” katanya kepada Johan di bilik persalinan selepas pertarungan mereka. Video pertemuan mereka dikongsikan di semua platform ONE Championship.

Jaguh berusia 19 tahun itu kemudiannya mengusik dengan membuat komen ini, “Perlawanan semula?” Komen tersebut membuatkan sepupu kepada Nadaka Yoshinari itu tersenyum sebelum berlalu keluar.

Pertembungan dua jaguh di Ariake Arena itu menyaksikan Yoshinari diisytiharkan pemenang hasil keputusan sebulat suara juri.

Kemenangan itu turut menyaksikan jaguh berusia 21 tahun itu menerima kontrak ONE Championship bernilai AS$100,000 (RM395,000).

Meskipun tewas, prestasi Johan sepanjang pertarungan itu turut mendapat pujian CEO ONE Championship, Chatri Sityodtong.