Tangkas Betul Rahadiazli Ni
Dunia
Team Malaysia
Advertisements

Aksi keenam saingan Liga Super 2022 yang membabitkan pasukan Terengganu FC menentang pasukan Selangor FC telah dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada semalam.

Pasukan tuan rumah, Terengganu FC berjaya melakar kemenangan kedua dalam saingan liga musim ini setelah berjaya menewaskan pasukan Selangor FC 2-0. Penjaga gol Terengganu FC, Muhammad Rahadiazli bin Rahalim sekali lagi mencuri tumpuan apabila ketangkasannya menghiasi aksi pertembungan menentang pasukan Merah Kuning.

Pemain yang berusia 21 tahun itu mula diberi kepercayaan oleh Nafuzi Zain untuk turun dalam kesebelasan utama pasukan setelah menampilkan aksi yang cukup cemerlang ketika Terengganu FC menentang pasukan Johor Darul Ta’zim dan Sarawak United.

Advertisements

Pemain yang berketinggian 1.92 meter ini terus konsisten mempersembahkan aksi terpuji apabila menggagalkan setiap ruang dan peluang yang dimiliki para pemain Selangor.

Babak pertama perlawanan memperlihatkan lebih banyak percubaan daripada Selangor berjaya dihalang Rahadi. Pada minit ke-26 perlawanan, rembatan deras penyerang berbisa Selangor, Caion telah digagalkan Rahadi apabila penjaga gol muda itu menepis bola keluar. Lorongan cantik daripada Mukhairi Ajmal gagal disudahkan Caion dengan baik.

Tidak cukup dengan itu, pada minit ke-43 permainan, tumbukan Rahadiazli sekali lagi menjadi penyelamat kepada benteng Terengganu daripada dibolosi. Ketangkasan beliau telah memusnahkan harapan pemain import Selangor, Baha untuk mencetak jaringan.

Advertisements

Babak kedua perlawanan tidaklah begitu sukar buat Rahadi. Beliau tidak banyak diuji dengan percubaan daripada pemain pihak lawan. Fokus dan konsistensi Rahadi terus membuahkan hasil apabila beliau cemerlang tanpa dibolosi hingga tamat permainan.

Khidmat pemain yang berusia 21 tahun ini pastinya terus ditagih pengendali Terengganu, Nafuzi Zain dalam setiap perlawanan. Watak dan karakter tersendiri yang dimiliki Rahadi membuktikan bahawa beliau layak menjadi prospek penjaga gol terbaik negara.

Perlawanan seterusnya menyaksikan Terengganu bakal melayan kunjungan anak buah K. Devan, Negeri Sembilan dalam pusingan kedua saingan Piala FA pada 29 April kelak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram