3 Prospek Penjaga Gol Muda Idaman Kemudi Benteng Terakhir Harimau Malaya
Dunia
Terengganu-JST-Selangor FC
Advertisements

Pasukan kebangsaan seringkali memiliki prospek penjaga gol muda yang berpotensi tinggi untuk menggalas tugas sebagai penjaga gol no. 1 Harimau Malaya.

Kedatangan jurulatih kelahiran Korea, Kim Pan-gon ke dalam skuad kebangsaan memberikan nafas baru selain membuka ruang dan peluang buat mana-mana pemain untuk tampil bagi merebut tempat.

Dengan nama-nama penjaga gol seperti Farizal Marlias, Khairul Azhan, Khairul Fahmi sudah pun mencecah angka ‘3’ , maka Harimau Malaya sudah pun boleh mula untuk mengorak langkah untuk mengetengahkan bakat muda pada posisi tersebut.

Advertisements

Berikut merupakan nama-nama yang dijangka mampu untuk menggalas tugas tersebut dengan baik.

3.Haziq Nadzli (Johor Darul Ta’zim)

Penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) ini merupakan salah seorang penjaga gol muda berkualiti yang dimiliki oleh Malaysia.

Advertisements

Beliau merupakan bekas penjaga gol muda pasukan kebangsaan selain memiliki pengalaman yang luas pada peringkat antarabangsa.

Haziq memiliki kemampuan untuk melakukan penyelamatan dengan baik dan juga mampu untuk membaca gerakan lawan sebelum mereka melakukan percubaan.

Kini bersama pasukan Harimau Selatan, pemain berusia 24 tahun itu telah pun tampil dalam kesebelasan utama pasukan ketika menentang Ulsan Hyundai yang menyaksikan mereka menang dengan keputusan 2-1.

Advertisements

Aksinya yang begitu tenang mengawal gawang di pentas saingan tertinggi Asia itu membuktikan kalibernya untuk mengemudi benteng pasukan kebangsaan.

2.Sikh Izhan Nazrel (Selangor FC)

Penjaga gol muda pasukan Selangor FC ini merupakan antara prospek terbaik yang dimiliki oleh The Red Giants.

Advertisements

Beliau juga merupakan penjaga gol utama negara sunggupun pada kejohanan sebelum ini, tugas tersebut digalas oleh penjaga gol Kuala Lumpur City FC, Azri Ghani.

Sikh Izhan memiliki pakej yang sangat baik dengan teknik-teknik penyelamatan yang luar biasa.

Kamampuannya telah pun memikat hati kelab La Liga 2, CF Fuenlabrada untuk menjalani sesi pemilihan selepas beraksi dengan cukup baik sebelum ini.

Selain itu, beliau merupakan penjaga gol utama buat pasukan Selangor 2 dan beberapa kali berjaya menembus masuk ke dalam pasukan utama pada musim lalu.

Beliau turut mendapat tempat bersama skuad bawah 23 tahun negara di Sukan SEA bersama-sama Rahadiazli dan juga Azri Ghani.

1.Rahadiazli Rahalim (Terengganu FC)

Penjaga gol utama pasukan Terengganu FC ini kembali menemui rentaknya selepas terpaksa diketepikan dalam tempoh yang cukup lama akibat kecederaan ACL pada musim lepas.

Beliau yang memiliki pakej lengkap dengan ketinggian mencecah 1.92 cm ini berjaya menambat hati pengendali, Brad Maloney.

Pemain kelahiran Kuala Terengganu ini beraksi dalam semua perlawanan musim ini selain berjaya mencatat 2 rekod tidak bolos.

Penjaga gol berusia 20 tahun ini beraksi dengan sangat cemerlang ketika menentang JDT selepas beberapa penyelamatannya telah membantu Terengganu agar tidak dibelasah teruk pada perlawanan tersebut.

Beliau juga telah pun menambat hati Kim Pan-gon untuk mengisi posisi penjaga gol negara pda tempoh hari namun COVID-19 menangguhkan hasratnya untuk beraksi buat pasukan senior.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram