Tano Solari Dihantui Badi Seri
MakanBola
Evertonvina

Bekas pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kini melatih CD Everton di Chile, Tano Solari kini dihantui badi seri dalam saingan Liga Primera Division Chile.

Solari yang mula melatih pasukan tersebut pada Mac yang lalu telah membawa pasukannya mengharungi empat keputusan seri berturut-turut.

Ad

Badi seri yang menimpa CD Everton itu bermula pada 27 Julai lalu apabila seri 1-1 dengan Deportes Iquique di laman sendiri. Selepas itu, Everton turut seri 1-1 menentang O’Higgins FC juga di laman sendiri.

Ad

Keputusan seri terus dicatatkan Solari dan Everton di perlawanan seterusnya apabila mereka seri tanpa jaringan menentang CD Universidad di laman sendiri.

Manakala di perlawanan terkini, Everton turut mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Nublense di gelanggang lawan.

Ad

Everton kini menduduki tangga ke-8 liga dengan mengumpul 28 mata selepas mengharungi 20 perlawanan.

Ad

Solari masih lagi berkesempatan untuk memperbaiki kedudukan Everton dengan liga masih lagi berbaki 10 perlawanan untuk diharungi.

Ad