Advertisements
Tano Solari Kini Dilantik Jurulatih Baru Everton
Dunia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Bekas pengendali Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Esteban ‘Tano’ Solari sah bergelar jurulatih baru kelab Chile, Everton de Vina del Mar.

Perlantikan jurulatih berusia 43 tahun itu diumumkan kelab berkenaan menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi pasukan hari ini.

Solari menggantikan bekas jurulatih sebelumnya, Francisco Meneghini yang dipecat selepas Everton tewas kepada Union La Calera dalam pusingan pertama Copa Sudamericana minggu lalu.

“Ahli strategi Argentina dan bekas pemain bola sepak, Esteban Andrés Solari ialah jurulatih Los Oro y Cielo yang baharu untuk musim 2024.

“Rosario tiba di Everton de Viña del Mar selepas kempen yang sempurna dengan Johor Darul Ta’zim FC, beliau memenangi semua empat kejohanan yang dengan prestasi (kemenangan) lebih 90%.

“‘Tano’ bernafas dan menghidupkan bola sepak sejak dilahirkan, kerana dia dan keluarganya telah memiliki hubungan dengan bola sepak sebagai pemain dan jurulatih.

“Kepada Esteban dan barisan jurulatih, kami mengalu-alukan juara Liga Super dan mendoakan kejayaan terbaik beliau bersama pasukan ini,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Solari dijangka mengemudi pasukan buat kali pertama apabila Los Oro y Cielo melayan kunjungan Nublense pada hujung minggu ini.

Bekas pengendali Argentina Bawah 23 Tahun (B-23) itu bakal dibantu jurulatih kecergasan, Rodrigo Barrios, penolong jurulatih Emerson Panigutti dan penganalisis Matías Navarro García.

Nama Solari menjadi sebutan penyokong JDT selepas mengemudi kelab merangkul empat trofi buat kali kedua pada musim 2023.