Tano Solari Kagum Semangat Melawan Luar Biasa JDT
ACL
Johor Southern Tigers
Advertisements

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari memuji semangat melawan yang dipamerkan oleh pasukannya untuk menundukkan wakil Thailand, BG Pathum United di tempat lawan.

Aksi kedua Liga Juara-Juara AFC (ACL) itu menyaksikan Harimau Selatan berjaya mencatatkan kemenangan besar sungguhpun perlu bangkit daripada ketinggalan.

Mengulas lanjut, pengendali muda itu berpuas hati dengan corak yang dipamerkan oleh pasukannya untuk meraih kemenangan pertama kempen ACL musim ini.

Advertisements

“Kami tidak sabar untuk bermain selepas tewas kepada Kawasaki Frontale kerana kami tahu kami boleh beraksi lebih baik.”

Jurulatih kelahiran Argentina itu memuji semangat beraksi di hadapan ribuan penyokong lawan terutamanya berdepan pasukan handal seperti BG Pathum.

Advertisements

“Hari ini adalah ujian untuk kami, dan pasukan bermain dengan hebat. Saya sangat bangga dengan pasukan dan pemain. Hari ini, kami menunjukkan kami bermain dengan baik dan keupayaan untuk bermain di BG Pathum,” jelasnya kepada SNE Sports.

Dua jaringan Arif Aiman dan satu masing-masing dari Bergson dan Juan Muniz sudah cukup untuk membawa kejayaan bermakna buat JDT.

Advertisements

JDT akan kembali beraksi di Malaysia bagi aksi Piala Malaysia menentang Perak pada 19 Oktober 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram