Advertisement
Tano Solari Sasar Tundukkan BG Pathum
ACL
MakanBola
Johor Southern Tigers

Jurulatih Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Tano Solari mensasarkan kemenangan bila mereka bertemu dengan BG Pathum esok.

Selepas kedua-dua pasukan masing-masing tewas dalam aksi pertama Kumpulan I ACL, kedua-duanya berharap dapat bangkit meraih kemenangan.

Biarpun beraksi di gelanggang lawan, Solari tidak melihat itu sebagai halangan buat mereka mencipta kemenangan pada malam esok.

“(Kita) menentang BG Pathum untuk perlawanan kedua ACL. Mereka satu pasukan yang berkualiti. Tetapi kita juga sudah bersedia dan harapnya kita akan dapat mengalahkan mereka di atas padang,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan hari ini seperti dilaporkan SiamSport.

BG Pathum bakal berdepan tugas sukar memandangkan JDT masih segar daripada kejayaan menjulang gelaran juara Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut.

Aksi kedua-dua pasukan ini bakal berlangsung di Stadium BG esok. Dan peminat JDT di Malaysia boleh menonton perlawanan tersebut bukan saja di Astro Arena tetapi di saluran YouTube BG Pathum juga.