BG Pathum Buat Penyokong JDT Tersenyum Panjang
ACL
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kelab Liga 1 Thailand, BG Pathum memberi khabar gembira kepada para penyokong Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Aksi kedua Liga Juara-Juara AFC (ACL) menyaksikan Harimau Selatan dalam momentum terbaik selepas menjulang Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut.

Ujian berikutnya buat JDT adalah berdepan jaguh Thailand itu bagi aksi ACL di tempat lawan.

Advertisements

Pasukan bimbingan Tano Solari tumpas dengan keputusan 1-0 hasil jaringan Marcinho sekaligus menyebabkan pasukan terlepas 3 mata pertama Kumpulan I.

BG Pathum juga menghadapi detik sukar apabila tewas dengan keputusan 3-1 kepada jaguh Korea, Ulsan Hyundai di tempat lawan dan aksi di laman sendiri bakal dimanfaatkan sepenuhnya.

Penyokong JDT bagaimanapun masih berpeluang untuk memberi sokongan dari jauh apabila BG Pathum telah menawarkan peluang menyaksikan aksi tersebut dari jauh.

Advertisements

BG Pathum telah mengumumkan bahawa aksi kedua-dua pasukan itu bakal disiarkan secara rasmi di laman Youtube pasukan untuk tatapan umum.

Pasukan kendalian Thongchai Sukkoki kini merekodkan dua kemenangan, dua seri dan satu kekalahan.

Terbaru, pasukan tumpas 2-0 kepada Bangkok Uniyed namun berpeluang menebus semula pada satu aksi liga, 29 September 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram