Tano Solari Tak Mahu Lepaskan Akhyar Rashid
Liga Super
JST
Advertisements

Akhyar Rashid banyak memberi kesan positif kepada Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) baik dalam kesebelasan utama mahupun sebagai pemain gantian.

Atas sebab itu, jurulatih JDT, Tano Solari tidak mahu melepaskan bekas pemain sayap Kedah Darul Aman (KDA FC) itu dan mahu beliau kekal bersama JDT musim hadapan.

Ini kerana Solari melihatnya sebagai tonggak penting pasukan dan banyak mengubah momentum perlawanan untuk Harimau Selatan dalam beberapa perlawanan penting.

Advertisements

Perkara ini dinyatakan sendiri beliau dalam sidang media pasca-perlawanan JDT-Penang FC semalam.

“Saya mahu kekalkan Akhyar (Rashid) untuk musim hadapan, beliau mengubah keputusan perlawanan,” katanya seperti yang dilaporkan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Dengan saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2023 sudah berakhir, Akhyar sudah dikaitkan dengan beberapa pasukan termasuk Terengganu FC.

Advertisements

Pemain sayap berusia 24 tahun itu telah merekodkan 18 penampilan dalam semua kejohanan bersama JDT termasuk Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Akhyar juga banyak menjaringkan gol penting untuk Harimau Selatan termasuk gol kemenangan semasa menentang Ulsan Hyundai pada November lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram