Tanpa Kudrat ‘Afrika’, Adakah Perancis Masih Juara Dunia?
MakanBola
Equipe de France

Pasukan Perancis atau Les Bleus sering menjadi contoh paling jelas bagaimana bakat dari latar
belakang diaspora Afrika menjadi sebahagian besar kekuatan skuad juara dunia Piala Dunia FIFA 2018.

Laporan BBC Sport dan analisis taktikal The Guardian menunjukkan bahawa ramai pemain utama skuad tersebut datang daripada keluarga berakar di Afrika seperti Mali, Senegal, Cameroon, Ivory Coast dan DR Congo.

Jika kita asingkan analisis ini kepada dua kesebelasan utama, iaitu “skuad Perancis tanpa diaspora Afrika” vs “skuad Perancis dengan diaspora Afrika” yang boleh menggambarkan perbezaannya sangat ketara dari segi nilai pasaran dan kualiti bakat.

Screenshot 2026 05 13 9.13.12 AM Tanpa Kudrat 'Afrika', Adakah Perancis Masih Juara Dunia?
Pasukan Perancis dengan dan tanpa pemain berdarah Afrika. Kredit: Createformation.com

Kesebelasan utama yang pertama (tanpa diaspora Afrika) terdiri daripada pemain seperti Adrien Rabiot, Lucas Digne, Jonathan Clauss, Florian Thauvin, Martin Terrier, Enzo Le Fée dan beberapa profil Ligue 1 domestik.

Berdasarkan anggaran nilai pasaran pemain yang digunakan dalam analisis bola sepak moden oleh ESPN dan Transfermarkt, jumlah keseluruhan kesebelasan utama ini berada dalam lingkungan lebih rendah berbanding skuad elit Eropah, kerana kekurangan pemain yang benar-benar berada di kategori bintang dunia bertaraf elit.

Lain pula cerita bagi kesebelasan utama yang kedua pula yang mencerminkan realiti sebenar skuad Perancis yang bertaraf dunia — terdiri daripada Kylian Mbappé, Ousmane Dembélé, Michael Olise, Rayan Cherki, Eduardo Camavinga, Aurélien Tchouaméni, Ferland Mendy, William Saliba, Dayot Upamecano, Jules Koundé dan Mike Maignan.

Berdasarkan anggaran nilai pasaran ESPN dan data trend Transfermarkt, kesebelasan utama ini berada dalam kategori elit global dengan jumlah keseluruhan yang boleh mencecah hampir atau melebihi €900 juta, bergantung kepada prestasi semasa mereka.

Apabila ia datang kepada bakat individu, perbezaan yang paling ketara bukan sekadar jumlah. Pemain dalam kesebelasan utama yang kedua adalah pemain yang bermain dalam kelab terkenal di seluruh dunia dan bermain di peringkat tertinggi Eropah.

Ini adalah perkara yang menjadikan skuad Perancis antara yang paling mahal dan paling berkualiti di dunia hari ini.

Dalam konteks lebih luas, laporan FIFA mengenai pembangunan bola sepak global menunjukkan bahawa Afrika merupakan salah satu rantau dengan pertumbuhan bakat paling besar di dunia, tetapi sebahagian besar pemain elitnya beraksi di Eropah kerana struktur liga dan peluang profesional di sana.

Ini menjadikan pemain berdarah Afrika antara penyumbang terbesar kepada standard bola sepak moden di peringkat tertinggi.

Jika dilihat dari sudut perbandingan dengan kuasa bola sepak dunia yang lain seperti pasukan Jerman dan pasukan Sepanyol, Perancis dilihat kurang mengancam jikalau hanya menurunkan pemain asal Perancis sahaja.

Justeru itu, Perancis perlu mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak kolonisasi mereka terdahulu di atas kejayaan mereka pada hari ini.

Kesimpulannya, data pasaran pemain dan struktur skuad menunjukkan satu perkara yang jelas: dalam bola sepak moden, pemain berdarah Afrika merupakan antara kelompok paling dominan dalam menentukan tahap tertinggi permainan dunia.

Perancis menjadi contoh paling jelas bagaimana bakat ini membentuk skuad juara dunia, seperti yang dianalisis oleh BBC Sport dan The Guardian berdasarkan struktur skuad moden mereka.