Tarikh Aksi Malaysia vs India Dipinda
MakanBola
FA Malaysia

Tarikh bagi aksi antara Malaysia dan juga India pada bulan November telah dipinda.

Skuad kendalian Pau Marti akan menghadapi dua aksi persahabatan FIFA Tier 1 pada bulan November ini bertemu pasukan ke-187 dunia, Laos terlebih dahulu.

Aksi antara Harimau Malaya ini akan berlangsung pada 14 November di Stadium PAT, Thailand ini telah disahkan secara rasmi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru-baru ini.

Tarikh bagi aksi antara Malaysia dan pasukan ke-125 dunia, India bagaimanapun telah diawalkan sehari berbanding tarikh asal pertemuan kedua-dua pasukan.

“Pada pengumuman sebelum ini, perlawanan menentang India dijadual pada 19 November.

“Walau bagaimanapun, atas persetujuan bersama, aksi itu diawalkan sehari ke Isnin pada 18 November 2024 dengan perlawanan akan berlangsung di Stadium Gachibowli, Hyderabad,” ujar FAM.

Kali terakhir pertemuan antara Harimau Malaya dan India adalah pada aksi Pestabola Merdeka 2023 dengan kemenangan berpihak kepada skuad negara dengan keputusan 4-2.

Malaysia pernah menewaskan Laos dengan keputusan 4-0 pada satu aksi kira-kira tiga tahun lalu selain ketua jurulatih, Pau Marti mahu menguji barisan terbaik untuk skuad kebangsaan.

Harimau Malaya merekodkan tiga kemenangan (vs Chinese Taipei, Filipina dan Lubnan), satu seri menentang Auckland dan satu kekalahan kepada New Zealand dalam 5 aksi terakhir.