Advertisements
Pau Marti Pandang Tinggi Pemain Kelantan DN
Harimau Malaya
MakanBola
Sabah FC

Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente mencipta kejutan dengan menyenaraikan nama pemain sayap Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Fazrul Amir Md Zaman dalam senarai bersedia.

Advertisement

Meskipun pasukan itu kini menghuni kedudukan tercorot Liga Super, prestasi baik pemain sayap berusia 24 tahun itu dilihat menarik perhatian barisan kejurulatihan skuad senior negara.

Ini menjadikan penyenaraian nama Fazrul dalam senarai pemain bersedia untuk kem Harimau Malaya satu perkembangan baik buat bola sepak negara dan Kelantan.

Advertisement

Beraksi di bahagian sayap, beliau telah beraksi sebanyak 13 kali untuk musim 2024/25. Fazrul sudah menjaringkan satu gol dalam aksi Liga Super menentang Sabah FC pada 3 November lalu.

Beliau yang pernah beraksi untuk skuad Kelantan FC berjaya mengatasi dua pemain Sang Badak sebelum menewaskan penjaga gol tuan rumah, Damien Lim. Ini juga gol keempat Fazrul dalam kariernya selepas merekodkan tiga gol bersama The Red Warriors.

Advertisement

Fazrul bukan satu-satunya muka baru yang dipanggil Pau Marti untuk senarai bersedia kem Harimau Malaya. Kem latihan skuad negara turut menyaksikan beberapa tonggak skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) dipanggil.

Advertisement

Antara yang dipanggil ialah Ubaidullah Shamsul Fazili (Terengganu FC) dan Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor FC). Mereka menyertai beberapa pemain B-23 lain seperti Safwan Mazlan, Haqimi Azim Rosli dan Nooa Laine.

Selain mereka, Pau Marti turut memanggil semula Natxo Insa (Johor Darul Ta’zim (JDT)), Haziq Nadzli (Perak FC) dan Sergio Aguero (Sri Pahang FC).

Advertisement

Kehadiran semula Haziq disifatkan menarik kerana ini kali pertama beliau menyertai Harimau Malaya sejak 2018. Penjaga gol The Bos Gaurus itu meraih satu penampilan antarabangsa dalam aksi persahabatan menentang Mongolia pada 22 Mac 2018.

Barisan pemain yang dipanggil akan menyertai kem latihan pada 10 dan 11 November sebelum bertolak ke Bangkok sehari selepas itu.

Skuad negara akan menentang Laos di Bangkok, Thailand pada 14 November. Ini disusuli aksi persahabatan menentang India di Hyderabad pada 18 November ini.