Advertisements
Liga Super: Sabah Beri Kelantan DN Kekalahan Ke-11
Liga Super
MakanBola
Sabah FC

Aksi saingan Liga Super malam ini menyaksikan Sabah berpesta gol menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN) di Stadium Likas, Sabah. 

Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan utama terbaik dalam misi menburu kemenangan bagi minggu ke-15 saingan Liga Super 2024.

Selepas 15 minit aksi, penyerang Import Sabah, Joao Pedro membuka jaringan pertama pasukan menerusi tandukan menewaskan penjaga gol Kelantan DN. 

Pada minit ke-27 permainan, pasukan pelawat berjaya menyamakan kedudukan menerusi pemain sayap, Fazrul Amir Zaman.

Tidak sampai 2 minit permainan, pemain berpengalaman Sabah, Farhan Roslan kembali meletakan pasukan didepan bagi jaringan yang kedua perlawanan.

Dua minit sebelum tamat separuh masa pertama, Joao Pedro menjarakkan lagi jurang jaringan apabila berjaya menghadiahkan gol ketiga pasukan.

Pada minit ke-60 permainan, pemain pertahanan Sabah, Gabriel Peres mencatat nama sebagai penjaring kelima perlawanan. 

Tiga minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan. Sabah 4-1 Kelantan Darul Naim.

Kelantan DN ketika ini mencatatkan rekod 11 kekalahan dalam saingan Liga Super sekaligus berada di tangga ke-12 dengan 7 mata. 

Sabah kini kekal di tangga ke-3 Liga dengan 26 mata beza tiga mata dengan Selangor di tangga ke-2.