Advertising
Tempoh Luqman Hakim Di Belgium Makin Singkat
MakanBola
YSCC
Sponsors

Status pemain muda berbakat Malaysia, Luqman Hakim Shamsudin di Belgium terjawab.

Pemain berusia 22 tahun itu berkelana di Jepun bersama Yokohama SCC di J3 League sejak Januari lalu secara pinjaman dari kelab Belgium, KV Kortrijk.

Ad

Tempoh pinjaman kedua ini berlaku selepas beliau berhijrah ke Iceland dan menyertai FK Njardvik pada awal 2023 namun tidak memperoleh minit permainan yang diharapkan.

Ad

“Kami ingin memaklumkan kepada bahawa Luqman Hakim akan meninggalkan pasukan pada akhir musim 2024 disebabkan tempoh pinjamannya sudah berakhir,” ujar kelab dalam satu kenyataan.

Beliau sebelum ini menzahirkan rasa kesyukuran atas peluang yang diberikan sebelum membuat penilaian terhadap masa depannya selepas ini.

Ad

“Pertama sekali, saya ingin ucapkan terima kasih kepada ahli kelab, staf kejurulatihan dan penyokong YSCC atas sokongan padu dan dedikasi kepada kelab kita dalam musim ini untuk tahun 2024.

Ad

“Saya gembira beraksi untuk kelab ini. Saya harap pada masa akan datang, kita akan berjumpa lagi. Saya gembira menjadi sebahagian daripada kelab ini. Terima kasih semua. Selamat berjaya untuk musim hadapan,” katanya.

Ad

Luqman dikesan kembali seketika di Malaysia dan memberitahu bahawa masih belum memiliki perancangan akhir tentang kariernya di Eropah.

“Saya sekarang ini beraksi di Yokohama SCC secara pinjaman dan selepas habis ni saya akan pulang ke Belgium bersama KV Kortrijk.

“Kontrak saya akan tamat di Belgium bulan 5 tahun 2025. InsyaAllah, kita tunggu rezeki mana yang sampai,” jelasnya ketika menjalani sesi latihan sendirian di Hitfat.

Luqman menjadi antara salah satu pemain Malaysia yang paling lama berkelana di Eropah.