Advertising
Tendangan Ifedayo Bikin Rizal Ghazali Hilang Sabar
MakanBola
PDRM FC/ KDA FC
Sponsors

Tindakan pemain PDRM FC, Ifedayo Olusegun menyepak tapak kaki pertahanan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Rizal Ghazali membuatkan pemain Kedah itu hilang sabar.

Insiden yang berlaku pada separuh masa kedua itu telah menimbulkan perdebatan yang hangat di kalangan penyokong setia Sang Kenari.

Ad

Ifedayo dilihat melepaskan kekecewaan dengan menyepak tapak kaki Rizal selepas gagal memanfaatkan peluang untuk meledak gol apabila cubaan pemain dari Nigeria itu untuk menggelecek penjaga gol Kedah, Kalamullah Al-Hafiz tidak berjaya.

Ad

Rizal yang terduduk selepas tangkapan kemas Kalamullah seolah-olah terkejut dengan kekasaran yang dilakukan Ifedayo dan mula mempersoalkan tindakan penyerang PDRM itu.

Ifedayo agak bernasib baik apabila pengadil tidak melayangkan sebarang kad kepada beliau dan perlawanan diteruskan seperti biasa.

Ad

Pada aksi semalam, Kedah berjaya mencuri tiga mata berharga dalam aksi sulung Liga Super 2024/2025 dengan jaringan tunggal Syafiq Ahmad sudah memadai buat Kedah untuk kemenangan 1-0.

Ad

Untuk aksi seterusnya, Kedah bakal bertemu Selangor FC pada 18 Mei ini di Stadium MBPJ manakala PDRM pula akan berkunjung ke Stadium Perak bagi aksi seterusnya bertemu Perak FC pada tarikh yang sama.

Ad