Tengku Zafrul Dipilih Sebagai Presiden BAM
UltraSukan
Tengku Zafrul
Sponsors

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Sabtu telah mengumumkan Tengku Zafrul sebagai Presiden baharu badan induk tersebut.

Menerusi satu hantaran di media sosial BAM, Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri telah diangkat sebagai Presiden badan induk Badminton Malaysia itu.

Ad
Sponsors

Keputusan ini dibuat setelah Mesyuarat Agung Tahunan ke-80 yang menyaksikan semua ahli telah sebulat suara memilih beliau mengemudi BAM untuk tempoh 5 tahun akan datang.

Ad

“Tahniah diucapkan kepada YB Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Aziz atas pemilihan sebulat suara sebagai Presiden BAM bagi penggal 2025–2029,” umum badan induk itu.

Tengku Zafrul akan menggantikan tempat Datuk Seri Norza Zakaria yang mengumumkan peletakan jawatan pada Ogos 2024 dan telah diangkat sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup BAM.

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments