Terengganu Bakal Terima CEO Baru?
MakanBola
Terengganu FC
Sponsors

Pengurusan pasukan Terengganu FC dijangka mengalami perubahan tidak lama lagi.

Ini selepas penganalisis bola sepak bebas, Piang Shankly mendedahkan pengurusan Peteh bakal melantik seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) baru menggantikan CEO sekarang, Ab Rasid Jusoh.

Ad
Sponsors

Perlantikan CEO baru Terengganu dijangka diumumkan pada bulan hadapan. Bagaimanapun, identiti individu yang bakal mengisi jawatan tersebut masih tidak diketahui.

Ad

Finally (Akhirnya). New CEO next month (CEO baru bulan depan). Terima kasih kepada yang membuat keputusan. Apa yang lebih penting, melantik pengganti yang lebih baik,” katanya dalam satu ciapan di X.

Sebelum ini pada Julai lalu, wujud desakan daripada penyokong Terengganu yang mahu Rasid disingkirkan susulan prestasi kurang memberangsangkan pasukan dalam Liga Super.

Ad

Ini selepas skuad Penyu menduduki tangga keenam liga dan gagal layak ke final Piala FA pada Jun lalu.

Ad

Bagaimanapun, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu ketika itu, Wan Sukairi Wan Abdullah menyatakan cadangan perlantikan CEO baru Terengganu perlu diperhalusi terlebih dahulu.

Ad