Terengganu Jalani Aksi Pra-Musim Di Malaysia, Bakal Uji VAR Dalam Dua Aksi
Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Dengan Liga Super musim 2024-2025 bakal bermula tidak lama lagi, Terengganu FC memilih mengadakan kempen pra-musim di Malaysia.

Menurut Pengarah Sukan Terengganu, Zulfadli Rozi, keputusan ini dibuat selaras dengan usaha pasukan untuk mengurangkan kos operasi dan berbelanja secara berhemah.

Sebagai permulaan, Terengganu bakal mengadakan siri perlawanan persahabatan di Lembah Klang dari 31 Mac hingga 4 April.

Advertisements

Ini disusuli kejohanan empat sebelah membabitkan Terengganu, Terengganu II, Penang FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dari 17 April hingga 21 April ini.

“Sebagai persiapan untuk menghadapi musim baru 2024/2025. Terengganu FC telah merangka beberapa siri perlawanan persahabatan.

“Dengan mengambil kira kos dan kesediaan pasukan lawan selaras dengan usaha Terengganu FC utk mengurangkan kos operasi kelab, kita telah memutuskan untuk mengadakan persiapan bagi perlawanan pra-musim melibatkan perlawanan di dalam negara sahaja.

Advertisements

“Sebagai permulaan, pasukan Terengganu FC akan mengadakan tiga siri perlawanan pra musim di Lembah Klang bermula 31 Mac sehingga 4 April 2024.

“Kelab ini juga akan menganjurkan perlawanan jemputan empat penjuru yang akan melibatkan pasukan Terengganu FC, Terengganu FC II, Kedah Darul Aman FC dan Penang FC di Kuala Terengganu bermula 17 April sehingga 21 April 2024,” katanya semalam.

Zulfadli turut mendedahkan dua aksi pra-musim Terengganu pada 28 April dan 3 Mei ini sebagai medan menguji keberkesanan sistem penolong pengadil video (VAR).

Advertisements

Ini memandangkan VAR bakal dilaksanakan dalam Liga Malaysia (Liga M) musim 2024-2025 yang bermula pada Mei ini.

Seperti yang kita semua sedia maklum, penggunaan sistem VAR akan diperkenalkan pada musim ini oleh penganjur liga.

“Oleh itu dua siri perlawanan persahabatan melibatkan pasukan Terengganu FC untuk menguji sistem VAR ini akan dilangsungkan pada 28 April 2024 dan 3 Mei 2024 ini.

Advertisements

“Dua perlawanan ini juga dilihat sebagai persiapan terakhir pasukan menjelang saingan Liga Malaysia yang bakal bermula,” tambahnya.

Kempen pra-musim Terengganu dilihat peluang menguji kemantapan barisan pemain baru yang membarisi pasukan kali ini.

Antara pemain yang menyarung jersi Peteh musim baru ini ialah Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Akram Mahinan dan Ismaheel Akinade.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram