Terengganu Dianggarkan Jana Hampir RM800,000 Hasil Jualan Tiket Separuh Akhir Piala FA 2022
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Terengganu dianggarkan menerima hasil jualan tiket separuh akhir Piala FA 2022 sebanyak hampir RM800,000 selepas kelab berkenaan mengumumkan tiket diperuntukkan habis terjual.

Perlawanan separuh akhir Piala FA 2022 di antara pasukan Terengganu menentang Selangor dijadualkan berlangsung pada esok (6 Ogos 2022) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang mampu memuatkan kira-kira 40,000 penonton untuk aksi perlawanan bola sepak.

Dengan mengambil kira ratio 87.5% tiket terjual untuk dewasa, Terengganu dianggarkan menjana jualan sebanyak RM700,000 dan baki RM50,000 untuk kanak-kanak, maka dianggarkan jumlah ketipan jualan adalah RM750,000 atau menghampiri angka RM800,000.

Advertisements

Perkembangan seperti ini sudah pasti bakal memberikan impak positif kepada kelab bertanding disamping memberikan nilai tambah kepada penaja pasukan Terengganu dan MFL itu sendiri.

Sebelum ini pada peringkat suku akhir, Terengganu berjaya menewaskan Kuching City 4-1 di Gong Badak sekaligus mara ke separuh akhir bertemu Selangor yang turut gah menewaskan Sabah 0-2 di Likas 23 Julai lalu.

Johor Darul Ta’zim pula bakal bertemu Penang dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA 2022 di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru yang turut mencatatkan jualan tiket maksimum sebanyak 40,000 penonton.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram