40,000 Penonton Bakal Penuhi Stadium Sultan Ibrahim Malam Ini
Piala FA
Johor Southern Tigers
Advertisements

Hampir 40,000 penonton bakal hadir menyaksikan aksi perlawanan separuh akhir Piala FA di antara pasukan Johor Darul Ta’zim menentang Penang yang dijadualkan berlangsung jam 9.00 malam ini di Stadium Sultan Ibrahim.

Menerusi satu hantaran media sosial Johor Southern Tigers, tiket jualan untuk perlawanan separuh akhir Piala FA 2022 tersebut telahpun habis dijual.

“Semua tiket untuk perlawanan separuh akhir Piala FA antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Penang FC telah habis dijual.” Lapor media JST.

Advertisements

Stadium Sultan Ibrahim yang dibuka secara rasmi pada 22 Februari 2020 belum pernah mencapai kadar kehadiran maksimum untuk perlawanan bola sepak sebelum ini disebabkan pandemik dan perlawanan bertemu Penang ini bakal menjadi sejarah buat Harimau Selatan.

Sebelum ini JDT berjaya menewaskan Melaka United 1-2 di suku akhir manakala Penang berjaya mengejutkan cabaran Sri Pahang dengan kemenangan bergaya 2-5 di tempat lawan.

Perlawanan separuh akhir ke-2 pula menemukan pasukan Terengganu dan Selangor yang bakal beraksi pada esok (6 Ogos 2022) di Gong Badak yang turut diberitakan bakal menerima kehadiran maksimum penonton.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram