Terengganu Pintas Lion City Sailors, Tembusi Kelompok 10 Kelab Terbaik ASEAN
MakanBola
Terengganu FC
Sponsors

Finalis Piala Malaysia 2023, Terengganu FC kini memintas kedudukan jaguh Singapura, Lion City Sailors dan berjaya menembusi kelompok 10 pasukan terbaik di Asean.

Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner merekodkan pencapaian yang cemerlang pada musim 2023 apabila menamatkan saingan di tangga ke-6 dalam liga.

Ad

Terengganu juga mempamerkan persembahan yang amat memberangsangkan dalam kempen Piala AFC sungguhpun terkandas pada peringkat kumpulan.

Ad

Laman Sofascore menunjukkan kemas kini terbaru kedudukan Terengganu yang kini berjaya menembusi kelompok 10 terbaik di Asia Tenggara.

Laman analisis bola sepak yang menyenaraikan hampir 13,500 ranking kelab bola sepak seluruh dunia itu menunjukkan skuad Peteh yang kini mengumpul 63.0 mata sekaligus menyaksikan kedudukan pasukan naik 20 tangga ke kedudukan 186 di Asia.

Ad

Kemajuan memberangsangkan ini juga menyaksikan Terengganu kini berjaya menembusi kelompok 10 pasukan terbaik di rantau ini iaitu di tangga ke-10.

Ad

Kedudukan ini menyaksikan pasukan Pantai Timur itu berada pada kedudukan lebih baik beberapa pasukan lain di Asia Tenggara iaitu Lion City Sailors (11), Borneo (12) dan juga Ha Noi (13).

Ad
87D63853 FBFC 4DF1 B221 A70EA671C8F0 Terengganu Pintas Lion City Sailors, Tembusi Kelompok 10 Kelab Terbaik ASEAN

Terengganu menjadi pasukan ke-3 terbaik di Malaysia di belakang juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Selangor FC yang merupakan pasukan ke-7 terbaik di Asia Tenggara.

Copy of Untitled Design 32 Terengganu Pintas Lion City Sailors, Tembusi Kelompok 10 Kelab Terbaik ASEAN

Terengganu akan meneruskan perjuangan liga menentang Penang pada 19 Mei setelah merekodkan kemenangan 3-1 berdepan Perak tempoh hari.