Terengganu Hadapi Semangat Solidariti Dengan Kemenangan Bergaya
Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Finalis Piala Malaysia 2023, Terengganu FC menghadapi semangat solidariti dengan satu kemenangan bergaya.

Skuad Peteh terpaksa menelan hakikat pedih apabila kehilangan tonggak utama pasukan, Akhyar Rashid akibat serangan individu misteri yang memukulnya dengan menggunakan cota.

Pemain berusia 25 tahun itu kini menjalani proses pemulihan dengan solidariti yang cukup kuat ditunjukkan oleh pasukan dan juga penyokong.

Advertisements

Halangan ini menguatkan lagi langkah anak didik Tomislav Steinbruckner untuk memberikan aksi terbaik pada perlawanan pembukaan Liga Super.

Ketiadaan beberapa tonggak utama tidak menjejaskan persembahan Terengganu apabila mencatatkan kemenangan selesa 3-1 di laman sendiri.

Advertisements

Ketua jurulatih Terengganu FC dalam satu kenyataan selepas perlawanan memaklumkan bahawa pasukannya beraksi tanpa 4 pemain utama.

“Sebenarnya dalam kesebelasan utama malam ini saya kehilangan 4 pemain penting. Ivan Mamut, Akhyar Rashid, Azam Azmi dan Steenvorden termasuk penjaga gol Suhaimi Husin.

Advertisements

“Akan tetapi, saya gembira dengan aksi pemain pertahanan tempatan pada malam ini,” ujar beliau selepas perlawanan di SSMZA.

Terengganu akan berdepan Penang bagi aksi kedua Liga Super pada 19 Mei 2024 di laman lawan.

Advertisements

Keadaan terkini Akhyar Rashid dilaporkan stabil dan diberi ruang untuk berehat sebelum kembali bersama pasukan dalam beberapa minggu lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram