Advertisement
Tomislav Steinbruckner: Terengganu Sebenarnya Bermain Tanpa 4 Pemain Utama
Liga Super
MakanBola
Terengganu FC

Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner mengakui Terengganu bermain di bawah prestasi sebenar walaupun meraih kemenangan selesa 3-1 ke atas Perak di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

3 jaringan Terengganu hadir menerusi jaringan Nurillo Tukhtasinov, jaringan sendiri Shivan Pillay serta pemain gantian, Nnaibuke Chukwu manakala Luciano Guaycochea meledak gol tunggal untuk Perak.

Tomislav Steinbruckner berpandangan anak buahnya melakukan beberapa kesilapan dalam permainan dan gagal memberikan aksi yang baik.

“Pemain banyak membuat kesilapan sewaktu melakukan hantaran dan merebut bola. Saya tak tahu mengapa tetapi selepas penalti itu para pemain bermain dengan teruk.”

“Selepas 3 pertukaran pemain barulah kami bermain lebih baik dan saya rasa pada penghujung aksi Terengganu layak menang perlawanan ini.”

“Sebenarnya dalam kesebelasan utama malam ini saya kehilangan 4 pemain penting. Ivan Mamut, Akhyar Rashid, Azam Azmi dan Steenvorden termasuk penjaga gol Suhaimi Husin. Tetapi saya gembira dengan aksi pemain pertahanan tempatan pada malam ini.” ujar beliau.

Terengganu yang meraih 3 mata pertama liga seterusnya akan menentang cabaran Penang bagi perlawanan kedua Liga Super 2024/2025.