Advertising
Akhyar Rashid Ceriakan Semula Kem Terengganu
MakanBola
Terengganu FC

Pemain sayap pasukan Terengganu FC, Akhyar Eashid kembali menceriakan pasukan dengan memberi khabar gembira menjelang sepak mula musim 2024/25.

Beliau yang dipinjamkan daripada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mengalami kecederaan selepas diserang individu misteri dengan menggunakan tukul.

Ad

Perkhabaran terbaru menyaksikan Ketua Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbrucker memberi bayangan bahawa pemain berusia 25 tahun itu akan kembali dalam masa terdekat.

Ad

Steinbruckner memaklumkan bahawa pemain tersebut menunjukkan tanda-tanda positif dan beransur pulih selepas menerima enam jahitan susulan insiden itu.

Akhyar Rashid bagaimanapun diberi cuti beberapa hari lagi untuk diberi ruang berehat sekaligus terpaksa diketepikan untuk aksi pembukaan Liga Super bertemu Perak Sabtu ini.

Ad

“Akhyar akan kembali ke padang usai aksi TFC menentang Perak, dia (Akhyar) akan diberi rehat beberapa hari lagi selepas kecederaannya sembuh dan mentalnya kembali stabil” kata pengendali kelahiran Croatia itu kepada media.

Ad

Terengganu akan memulakan langkah menentang Perak pada 11 Mei 2024 dalam misi untuk menamatkan saingan lebih baik berbanding musim 2023 di tangga ke-6.

Ad

Skuad Peteh juga akan mewakili Malaysia dalam aksi Shopee Cup 2024 bersama KL City.